Acar Buah Opah Comel adalah resepi warisan peninggalan arwah Opah Comel saya yang dahulunya mengusahakan perniagaan katering Nasi Beriyani untuk pelbagai majlis keramaian di sekitar Kuala Lumpur. Bermula dari sekadar menjadi pembantu di dapur, saya telah mencuba memasak acar buah ini sendiri setelah yakin dengan tunjuk ajar beliau.
Acar buah adalah produk makanan tradisi masyarakat Melayu yang dapat di jadikan sebagai pembuka selera untuk di makan bersama Nasi Beriyani, Nasi Minyak dan Nasi Tomato. Ianya juga sesuai di jadikan sebagai buah tangan serta wedding door gift. Bagi kaum wanita yang tidak sempat untuk memasak, boleh jadikan acar buah ini sebagai lauk kecemasan yang boleh di makan bersama nasi putih. Masyarakat Melayu paling sukakan acar buah ini ketika makan nasi untuk berbuka puasa serta bersahur.
BAHAN SERTA RAMUAN
Tidak seperti produk makanan yang lain, Acar Buah Opah Comel ini di masak menggunakan bahan seperti bawang, cili kering dan halia yang di jadikan sambal utama dan di tumis lama serta di campurkan bersama sos tomato, sos cili, cuka dan gula pasir untuk mendapatkan hasil sos sambal yang pedas dan manis.
Menggunakan lebih daripada 20 bahan yang Halal dalam masakan sambal Acar Buah Opah Comel seperti jeruk mangga, asam jeruk, jeruk peach, buah prune hitam, limau, kismis serta taburan bijan yang telah di sangai. Ini untuk membangkitkan aroma serta rasa yang manis, masam dan sedikit pedas. Acar buah ini sesuai di makan oleh setiap golongan lapisan masyarakat terutamanya yang sukakan buah-buah jeruk atau fruits pickle dan golongan vegetarian.
KEISTIMEWAAN SEBAGAI PEMBUKA SELERA
Acar Buah Opah Comel ini boleh di inovasikan dengan makan bersama roti dan burger. Ini akan menambahkan kesedapan dan keeenakan apabila anda menikmatinya.
Bagi yang ingin makan secara santai serta tidak mengambil makanan yang berat, isikan beberapa sudu besar Acar Buah Opah Comel di tengah-tengah wrap beserta daun salad. Balut wrap dengan kemas. Setiap gigitan pasti terasa buah-buahan di dalamnya.
Acar Buah Opah Comel ini boleh di inovasikan dengan makan bersama sandwich. Pasti memikat hati kerana ianya memberi kelaian rasa apabila di nikmatinya di pejabat, ketika berkelah, sewaktu berada di dalam kenderaan ketika berlaku kesesakkan di jalan raya serta sewaktu sedang menggembara.
Gabungan buah-buahan jeruk yang di potong dengan saiz sederhana besar.
Buah-buah jeruk yang di pilih tanpa biji.
Mempunyai rasa yang sedikit pedas, manis dan masam.
Sesuai di makan untuk semua golongan masyarakat tidak kira umur dan bangsa.
Tahan di suhu bilik selama 12 bulan.
Bungkusan yang selamat dan tidak mudah pecah.
Amat sesuai sebagai pembuka selera makanan terutamanya warga emas dan kanak-kanak.
SENARAI HARGA & ISI KANDUNGAN
BUNGKUSAN YANG KEMAS,BERSIH & SELAMAT
TESTIMONI & FEEDBACK
TEMPAHAN & PEMBELIAN
Pesanan untuk pembelian kurang dari 10 unit boleh di buat 3 hari lebih awal sebelum tarikh penghantaran.
Pesanan untuk pembelian melebihi 5kg perlu di buat 7 hari sebelum tarikh penghantaran.
Hantarkan butiran pesanan anda dengan teks kan kepada saya ke nombor telefon atau ke email saya.